Salam Ukhwah...:)

Photobucket

Khamis, 27 Januari 2011

Perkongsian tentang KISSM

Terdapat sedikit perkongsian pengalaman sebenar tentang cara menghadapi KISSM.Mudah sahaja:

-Jangan membuang masa
-Bertanya pada orang yang tahu
-Cari buku-buku rujukan yang berkaitan (Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Panduan Pengurusan Pejabat, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Arahan Perbendaharaan dan banyak lagi)
-Siapkan kerja kursus terlebih dahulu.
-Selepas itu, manfaatkan semua ruangan masa untuk menelaah, memahami dan menghadam segala nota-nota yang telah dibekalkan sebelum menduduki KISSM)
-16 bab bukan sikit, perlukan pembacaan awal dan tidak membuang masa agar tidak berasa tertekan semasa menjalani KISSM kelak.
-Terdapat dua bentuk soalan (40 soalan objektif, dan 3 soalan esei panjang yang perlu dijawab dengan bersungguh-sungguh dan berhemah)
-Memerlukan disiplin dan iltizam yang tinggi.
*INGAT: Tujuan kita mendalami setiap buku yang berkaitan denga KISSM bukan sekadar untuk lulus dan mendapat pengesahan jawatan, teapi banyak capaian ilmu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebaga seorang penjawat awam. IKHLASKAN HATI KERANA ALLAH S.W.T. InsyaAllah, segalanya akan menjadi mudah, ameen.
Semoga berjaya untuk semua yang bakal menduduki KISSM. Semoga mendapat kejayaan yang diingini..bagi meraih cinta hakiki..:) SEMOGA BERJAYA SEMUANYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan