Lautan itu Dunia... Bahtera itu Kita... Kemudi itu Agama... Peliharalah Bahtera agar Tidak Karam di Lautan Dunia.
Jumaat, 22 Januari 2010
Pengalaman manis saat praktikal di Melaka
Bercerita tentang pengalaman membujuk nubari, teringat saat-saat getir bergelar guru pelatih di SMK Tun Tijah, Durian Daun, Melaka. Banyak pengalaman manis dan pahit yang boleh dikongsikan bersama untuk menjadi iktibar bagi bakal-bakal guru pelatih di luar sana.
Hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah, terlupa untuk memakai tanda nama, huhuhu, terpaksa beralih arah kembali berjalan kaki ke rumah sewa yang jaraknya lima belas minit dari sekolah.. ha3x, satu iktibar, jangan kalut semasa memulakan sesuatu perkara, ketenangan dan doa seharusnya menjadi iringan ke mana jua kita melangkah di atas alam maya ciptaan Yang Maha Kuasa.
Setelah sampai ke sekolah, ana bersama rakan diarahkan terus masuk ke kelas bagi sesi orientasi guru-guru pelatih. Perasaan masa tue, ya Tuhan, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Tidak pernah menjalani latihan praktikal sebelum itu, menambahkan getar dan debaran di dalam jiwa. Pelbagai rencam persoalan berlegar di akliah.
-Adakah ana mampu menjadi seorang guru yang penyayang??
-Mampukah untuk mengajar dengan teknik yang berkesan??
-Mampukah mewujudkan sesi p&p yang ceria dan menarik sepertimana yag telah dipelajari selama tiga tahun lebih di universiti?
Semua itu terjawab setelah menjalani latihan praktikal selama tiga bulan di sekolah tersebut.
Rangkuman pengalaman sepanjang tempoh tersebut:
i- Teori yang kita pelajari di universiti tidak sama dengan aplikasi atau amali terhadap teori-teori tersebut. Kita perlu bijak menyesuaikan pelbagai teori yang dipelajari dengan keadaan dan kehendak pelajar-pelajar di sekolah supaya mereka tidak berasa bosan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang kita kendalikan. Hal ini penting agar minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran tidak luntur dari hari ke hari. Jangan hanya kerana teknik pengajaran yang kita gunakan amat membosankan, pelajar-pelajar ini mula membenci subjek yang kita ajarkan.
Gunakanlah teknik-teknik pengajaran bervariasi dan kontemporari agar ianya mampu mewujudkan sesi p&p yang menarik, kondusif dan memberangsangkan minda, paradigma atau pemikiran pelajar-pelajar mengikut tahap kecerdasan pelajar tersebut.
Tetapi, sebelum menjalani latihan praktikal, persediaan yang rapi dan teliti harus diperlengkap terlebih dahulu, agar kita mampu melonjakkan diri, meningkatkan nama universiti dan mencipta kualiti tersendiri sebagai guru pelatih. Seharusnya, keterbatasan pengalaman mengajar kita sebagai guru pelatih mendorong kita untuk menjauhi sifat sombong diri kerana ilmu kita sememangnya masih cetek berbanding guru-guru lain yang telah mengajar lebih lima tahun di sekolah tersebut. Kita masih memerlukan banyak bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru tersebut. Justeru, jangan malu untuk bertanya, sebab jika kita malu atau segan untuk mencari cahaya kehidupan. nescaya kita akan sesat di tengah jalan kerana kita sebagai insan di muka bumi ini, perlu saling berinteraksi agar dapat meningkatkan ilmu, iman dan taqwa masing-masing untuk menjadi hamba yang dirahmatiNya.
Peringatan ini adalah untuk ana sendiri dan rakan-rakan blog yang lain. Semoga dengan perkongsian pengalaman dan pengetahuan melalui blog ini, kita mampu mencari resepi penyelesaian masalah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian selama Allah meminjamkan nyawa milikNya kepada kita sebagai khalifahNya.
Wallahu'alam,
wassalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum teman, terima kasih atas perkongsian pengalaman praktikal latihan mengajar saudari,ianya sangat memberi teladan agar kita sentiasa tenang dalam setiap tindakan. Dan apa yang penting adalah persedian yang rapi =). Syukran atas entri ini wa barakAllahufiki ya ukhti... =)
BalasPadam