Lautan itu Dunia... Bahtera itu Kita... Kemudi itu Agama... Peliharalah Bahtera agar Tidak Karam di Lautan Dunia.
Sabtu, 23 Januari 2010
Memori pahit mengundang air mata
Teringat waktu kelmarin berada di sekolah untuk Kejohanan Mini Marathon.
Hati sebak mengenangkan detik mencemaskan semalam, tika ingin menimba pengalaman menjaga stesen tempat perhentian pelajar-pelajar sekolah..entah, telah menjadi takdirNya, ana tiba-tiba ditengking oleh seorang guru senior. Tak terkeluar sepatah perkataan pun, melihat dirinya hampir seusia bonda tercinta, ana mengalah dan diam sahaja. Namun, hati ana tersentuh dan mengalir air mata untuk melampiaskan derita di dalam jiwa.
Entah mengapa..mereka membuat andaian yang salah terhadap niat ana ketika menanyakan soalan dalam perjumpaan pada hari itu?? Ana sangat terkilan dan terkejut apabila ada beberapa staf yang kurang menyenangi ana. Tidak mengapa, itu adalah lumrah kehidupan untuk mematangkan ana dalam menghadapi kehidupan di dunia yang fana.
Ya Allah, jika ini adalah kafarah terhadap dosa-dosa hambaMu selama hayat hambaMu di dunia ini, hambaMu redha atas ujianMu ini ya Allah..hambaMu pasti, ada sebab mengapa Engkau menciptakan situasi semalam sehingga terkeluar air mata hambaMu. Ianya adalah untuk menguji sejauhmana kekentalan dan kekuatan iman dan taqwa hambaMu dalam berhadapan dengan situasi yang menggetirkan. HambaMu bersyukur, kerana ianya merupakan satu peristiwa yang mengendong mutiara berharga untuk dijadikan iktibar dalam meneruskan kehidupan sebagai khalifah di atas dunia yang penuh dengan pancaroba ini.
Hanya satu hambaMu pinta,
Berikanlah hambaMu ini cahayaMu agar hambaMu tidak tersasar daripada jalan yang benar. Engkau suluhkanlah hati hambaMu ini dengan hidayah daripadaMu, agar tidak melakukan perkara-perkara laranganMu, dan layak untuk menjadi kekasihMu..HambaMu ini memerlukan pertolonganMu ya Allah, berikan hambaMu ini penyelesaian terbaik untuk berhadapan dengan situasi semalam dan juga ujian daripada-Mu di masa-masa akan datang.
Doakan ana dapat menghadapi situasi pahit ini dengan sabar. Semoga hati-hati orang yang membenci ana, diberikan hidayah tentang niat qalbu yang tulus untuk menimba ilmu, bukan untuk mengejar populariti atau pangkat, tetapi sebenarnya, niat di hati adalah ingin menjadi seorang insan yang berilmu dan beragama. Walaupun kita sudah menjadi orang besar, janganlah kita merasakan diri kita itu sudah terlalu hebat sehingga tidak memandang golongan yang masih di bawah.. Teringat satu peribahasa yang sesuai untuk dijadikan pegangan kita bersama bagi mengelakkan kita daripada bersikap takbur dan sombong iaitu "Ikutlah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi". JUSTERU, BERINGATLAH WAHAI INSAN, KITA SEMUA ADALAH SAMA DI SISI ALLAH, yang membezakan kita hanyalah Iman dan Taqwa..
Peringatan ini adalah untuk menyedarkan ana sendiri dan rakan-rakan blog yang lain.. Semoga kita semua sentiaa dilindungiNya daripada kezaliman makhluk ciptaanNya, Amin.
Wallahu'alam,
Salam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum teman,anggaplah ini satu permulaan cabaran realiti sebenar profesion perguruan di dalam sekolah. Semoga ianya menjadi proses pembelajaran untuk mematangkan diri lalu meningkatkan lagi semangat dan kekuatan memanusiakan insan dan mendidik bangsa,masyarakat generasi pengganti masa kini dan akan datang.Semoga Allah SWT melindungi saudari dari putus asa...amin =)Berzikirlah nescaya hati menjadi tenang =).
BalasPadamTerima kasih atas nasihat teman. Insya-Allah ana akan sentiasa berzikir untuk menenangkan hati. =)
BalasPadam