Salam Ukhwah...:)

Photobucket

Rabu, 16 Februari 2011

Permintaan mengejut

Hari ini tetiba PIHAK BERWAJIB minta analisis Excel Tingkatan 4 2010. Saya dah print semalam, dan nak hantar hari ini. Tetapi, sangat mengejutkan apabila Ketua Unit menelefon kembali menyatakan bukan itu yang PIHAK BERWAJIB mahu. Oppsss..........SABAR =) terpaksa bersabar dan memasukkan data dalam analisis EXCEL yang baru..(tetiba, tahun lepas bukan ini yang diminta buat). AlHamdulillah siap (~,~)dan saya sudah hantar ke PIHAK BERWAJIB tengahari tadi. AlHamdulillah. Situasi menguji emosi sekali lagi. Tuhan itu benar-benar ingin menguji diriku. Kecekapan, kepantasan,ketepatan dibaluti kesabaran,keimanan dan ketaqwaan.di+ dengan tugas pada hari ini sebagai juruacara Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah, terpaksa memilih di antara keduanya. Ucapan sejuta kemaafan kepada teman duet juruacara (Kak Roselilah). Terima kasih kerana memahami situasi yang meningkatkan ketahanan mental sebentar tadi. Uinah, mcm mau jd juruacara pulak dlm blog kali ini..he3x..apapun, nilai-nilai didaktik yang saya perolehi pada hari ini:

a) Kesabaran dan ketenangan perkara penting dalam menghadapi apa jua.
b) Bantuan rakan-rakan amat penting ketika berada dalam keadaan genting (menjaga perhubungan sesama manusia-hablum minannas)
c) Ikhlas dalam apa jua
d) Semuanya perlu didasari dengan rasa kecintaan kepada Tuhan (walaupun masa e2 hati tidak tenang, namun setelah beristighfar berulang kali, hati menjadi damai dan tenang)

Teruskan perjuanganmu Farah sebagai guru BAHASA MELAYU. Semoga apa yang engkau matlamatkan dapat digapai, insyaAllah, amin44x..

Love you all..=)

1 ulasan:

  1. salam..saya nak tanya mcm mana perbezaan antara kbsm dgn kssm? banyak beza ke? maaf kalu pertanyaan ini menyusahkan anda..

    BalasPadam