Salam Ukhwah...:)

Photobucket

Selasa, 22 Februari 2011

Skrip Juruacara Perasmian dan Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan

KETIBAAN VVIP

- Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia En. Aziz Bin Jamman, Ketua Pemuda UMNO Semporna, berserta rombongan dengan diiringi oleh Tn. Hj. Abdul Taha Bin Hj. Abdul Jalil, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya.

Para hadirin dipersilakan duduk.

KATA-KATA ALUAN

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

- Yang Berbahagia, En. Aziz Bin Jamman, Ketua Pemuda UMNO Semporna

- Yang Berusaha, Tuan Hj. Abdul Taha Bin Hj. Abdul Jalil, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya,

- Yang Berbahagia, Tuan Haji Muhammad Bin Samaluddin, Yang di Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya,

- Yang Dihormati, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah, Guru-guru Besar Sekolah Kebangsaan, Penolong-penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru, Guru-Guru, Ibu Bapa dan seterusnya warga pelajar yang dikasihi sekalian.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA.

UPACARA PERASMIAN & PENUTUPAN

Guru-guru, para ibu bapa serta hadirin yang dihormati sekalian

- Selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-29 SMK. Bugaya bagi tahun 2011.

- Kejohanan Sukan Tahunan pagi ini akan membuka tirai dengan perarakan masuk kontinjen-kontinjen daripada rumah-rumah sukan dan unit-unit beruniform.

(Tunggu sehingga kontinjen perbarisan menghampiri stadium mini utama)

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput dan mempersilakan tetamu kehormat kita pada hari ini untuk berdiri bagi menerima lintas hormat daripada kontinjen-kontinjen perbarisan yang akan mengambil bahagian pada hari ini.

Pertandingan perarakan perbarisan pada hari ini akan diadili oleh tiga orang hakim iaitu:

i-

ii-

iii-

Hadirin sekalian,

- Lintas hormat pada pagi ni diketuai oleh Adik Herman Bin Untong.

*Beliau adalah pelajar PRA-U Berdikari. Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi untuk Kadet Polis serta Ahli dalam Majlis Perwakilan Pelajar SMK bugaya tahun 2011.

- Perarakan pertama didahului oleh pasukan Rumah Merah dengan mottonya “Merah Pasti Juara”. Kekuatan kontinjen seramai 25 orang lengkap berpakaian serba merah diketuai oleh Adik Mohd. Fadzli Bin Sabtal. Pasukan ini dibimbing bersama oleh En. Shahsi Davien dan Pn. Jurinah Bt Abd. Samad.

- Kontinjen seterusnya ialah pasukan Rumah Biru. “Tetap Unggul” menjadi motto pada tahun ini. Kekuatan kontinjen pasukan ini adalah seramai 28 orang dan diketuai oleh Adik Mohd Redzuan Bin Hamzah. Pasukan ini telah dibimbing oleh En. Mohd. Redzuan Bin Hamzah.

- Seterusnya pasukan Rumah Hijau melangkah segak bergaya untuk melakukan lintas hormat. Dengan motto “Bersemangat waja” pasukan ini diketuai oleh Adik Ikram Sharin Bin Harun dengan kekuatan kontingen seramai 33orang. Pasukan ini telah dibimbing oleh En. Azid Bin Gabir.

*Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pasukan ini adalah juara keseluruhan bagi kejohanan sukan bagi tahu 2010. Kita akan sama-sama saksikan sama ada mereka berjaya mengekalkan kejuaraan tersebut pada tahun ini.

- Seterusnya, acara lintas hormat daripada pasukan rumah Kuning . Pasukan ini bermottokan “Kesungguhan perkara utama” dan diketuai oleh Adik Sali Bin Totong serta dibimbing oleh En. Ramesh. Dengan kekuatan kontigen seramai 30 orang, pasukan ini sudah bersedia untuk menempa kecemerlangan tahun ini.

- Seterusnya, acara lintas hormat dan perbarisan daripada unit-unit beruniform.

- Perarakan pertama ialah daripada Kadet Bomba dengan kekuatan kontinjen seramai 33 orang, serta dikepalai oleh Adik Saiful Bin Alipoldo. Pembimbing unit ini adalah En. Omar Bin Mohd Johani.

- Lintas hormat seterusnya daripada Persekutuan Pengakap Malaysia, Unit Pengakap Muda & Remaja Malaysia. Unit ini telah dibimbing oleh Cik Khairani Bt. Abd. Manan dan diketuai oleh Adik Mohd. Syarisham Bin Ahmad dan memiliki kekuatan kontinjen seramai 35 orang.

- Dan lintas hormat terakhir pada hari ini adalah daripada pasukan Kadet Polis. Pasukan ini diketuai oleh Adik Airul Azhar Bin Sabtal dan memiliki ahli-ahli kontinjen seramai34 orang. Pasukan ini telah dibimbing oleh En. Ridzwan Bin Adnan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Aziz Bin Jamman atas kesudian menerima lintas hormat sebentar tadi.

PEMBACAAN DOA

Hadirin yang dihormati sekalian,

- Bagi memberkati majlis, dengan ini dipersilakan Ustaz Mustafa Kamal Bin Ahmad untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN LAGU

- Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah “Pelajar Ceria”. Para hadirin dimohon berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN

Hadirin sekalian,

- Bagi meneruskan majlis kita pada pagi yang indah ini, dijemput Tuan Hj. Abdul Taha Bin Hj. Abdul Jalil, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya, untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormat mempersilakan.

- Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.

- Majlis diteruskan pula dengan menjemput Tn. Hj. Muhammad Samaluddin, Yang Dipertua PIBG SMK Bugaya untuk menyampakan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.

- Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan Yang Dipertua PIBG sebentar tadi.

- Kini, majlis menjemput En. Aziz Bin Jamman, Ketua Pemuda Umno, memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan serta menutup Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-29. Dengan penuh takzim, majlis menjemput dan mempersilakan.

- Terima kasih diucapkan kepada En. Aziz Bin Jamman kerana sudi merasmikan dan menutup Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-29 SMK. Bugaya.

UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN

- Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera Kejohanan yang akan disempurnakan oleh Gabungan Unit Beruniform SMK Bugaya.

(Tunggu sehingga bendera kejohanan selesai dinaikkan)

- Demikianlah tadi berakhirnya upacara menaikkan bendera kejohanan SMK Bugaya tahun 2011.

BACAAN IKRAR KEJOHANAN

Hadirin sekalian.

- Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Adik Sharazwati Bt. Nahari. Bacaan ikrar ini akan diiringi oleh pembawa-pembawa bendera.

- Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet kepada kejohanan ini.

UPACARA LARIAN OBOR KEJOHANAN

Hadirin sekalian,

- Majlis diteruskan dengan upacara larian obor Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Bugaya yang akan disempurnakan oleh Adik Mohd. Sufrie Bin Osman.

(Tunggu pelajar berlari dalam jarak 2meter)

- Untuk itu, dipersilakan En. Aziz Bin Jamman, Ketua Pemuda Umno, Semporna merangkap perasmi kita dengan diiringi oleh Tuan Hj. Abd. Taha B. Abd. Jalil, Pengetua SMK Bugaya, untuk menyalakan obor kejohanan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UPACARA PEMERIKSAAN PERBARISAN

(Seterusnya, diminta kepada semua ketua Guru Rumah Sukan dan Guru Penasihat badan-badan beruniform untuk turun ke arena bagi menyempurnakan sesi suai kenal dan pemeriksaan perbarisan bersama Perasmi sebentar lagi).

- Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn.Hj. Abdul Taha Bin Abd. Jalil, Pengetua SMK menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia, En. Aziz Bin Jamman, turun ke arena bagi menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan. Dipersilakan.

*Pasukan yang pertama adalah pasukan rumah Merah. Pasukan ini telah dibimbing oleh En. Shahshi Davien dan Puan Jurinah Bt. Abd. Samad.

*Pasukan yang kedua ini adalah pasukan rumah Biru. Pasukan ini telah dibimbing oleh En. Mohd. Redzuan Bin Hamzah.

* Pasukan yang ketiga adalah pasukan rumah Hijau. Pasukan ini telah mendapat bimbingan daripada En. Azid Bin Gabir.

* Pasukan rumah sukan yang keempat adalah pasukan rumah Kuning. Pasukan ini telah dibimbing oleh En.Ramesh.

- Seterusnya pemeriksaan perbarisan yang sedang berlangsung berada pada pasukan Kadet Bomba. Unit ini dibimbing oleh En. Omar Bin Mohd. Johani.

- Unit seterusnya adalah Unit Persekutan Pengakap Malaysia. Unit ini di bawah bimbingan Cik Khairani Bin ABD. Manan.

- Dan unit terakhir pada hari ini adalah Pasukan Kadet Polis. Pasukan yang gagah perkasa ini mendapat bimbingan daripada En. Redzuan Bin Adnan.

Terima kasih diucapkan atas kesudian menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

- Seterusnya kita akan menyaksikan keberangakatan keluar kontinjen rumah sukan dan unit-unit beruniform dari padang.

(Tunggu sehingga selesai)

- Majlis diteruskan dengan persembahan 5 GERAK TARI iaitu gabungan gerak tari bajau, gerak tari kalau berpacaran, gerak tari mona bana, gerak tarinobody dan gerak tari taichi yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SMK Bugaya. Majlis mempersilakan.

- Terima kasih atas persembahan yang begitu menarik serta bervariasi sebentar tadi.

ACARA BALAPAN

Hadirin sekalian,

-Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan, acara balapan, iaitu acara 100m dan 4x100m bagi kategori LI, L2, P1 & P2. Acara seterusnya adalah acara 4x400m kategori terbuka.

-Pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat di dalam acara ini diminta untuk turun ke arena bagi melicinkan perjalanan acara.

Perjalanan Kesemua Acara. (spontan)

* Acara 100m(P1,P2,L1,L2)

* Acara 4x400m(P1,P2,L1,L2)

* Acara 4x100m(kategori terbuka)

PENYAMPAIAN HADIAH&CENDERAMATA

Hadirin sekalian,

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini, majlis dengan segala hormat menjemput En. Zaini Bin Mat, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Bugaya dengan diiringi oleh En. Rasidan Bin Abd. Latiff, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Bugaya untuk menyampaikan hadiah.

Kini diumumkan pemenang-pemenang bagi acara-acara balapan yang telah dipertandingkan sebentar tadi.

(Rujuk Meja Data)

Seterusnya, diumumkan pula pemenang-pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.

-Johan berjaya dsandang oleh pasukan Rumah___________.

-Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan Rumah________.

-Dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah__________.

Kini, diumumkan pula pemenang pertandingan perbarisan pada hari ini bagi kategori unit beruniform.

-Tempat ketiga berjaya dirangkul oeh_____________________

-Naib Johan digondol oleh____________________________

-Dan Johan jatuh kepada__________________________________

Terima kasih diucapkan kepada En. Zaini dan En. Rasidan atas kesudian menyampaikan hadiah.

Hadirin sekalian,

-Seterusnya dijemputEn. Aziz Bin Jamman, Ketua Pemuda Umno, Semporna dengan diiringi oleh Tn. Hj. Abd. Taha Bin Hj. Abd. Jalil untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilaan

-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah adalah Adik____________________________.

Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________

-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini adalah Adik____________________.

Beliau telah meraih pingat__________________________________.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

-Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-__ jatuh kepada:

Rumah Sukan__________________________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

- Bagi meneruskan acara kita pada hari ini, majlis mempersilakan Tuan Hj. Abdul Taha Bin Abdul Jalil, Pengetua SMK Bugaya, untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En. Aziz Bin Jamman sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia hadir merasmikan serta menutup majlis kita pada pagi ini.

- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia dan Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

PENUTUP

- Hadirin dan Hadirat dipersilakan duduk.

- Kalau ada sumur di ladang,

- Boleh kita menumpang mandi,

- Andai Allah memberikan usia yang panjang,

- Dapatlah kita bersua di lain hari.

- Kenangan indah akan terpatri,

- Dilubuk hati dan disanubari,

- Warga Bugaya berterima kasih,

- Kepada hadirin yang dihormati.

- Semoga kita bersua kembali pada Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun hadapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada datangnya daripada kesilapan kami berdua.

p/s: Seterusnya, dijemput Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bugaya, Tuan. Hj. Abdul Taha Bin Hj. Abdul Jalil untuk mengiringi En. Aziz Bin Jamman serta para jemputan menikmati juadah yang disediakan.


SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan