Salam Ukhwah...:)

Photobucket

Sabtu, 30 Januari 2010

Keunikan capaian maya

Capaian maya facebook membuka ruang sosial untuk menghubungi rakan-rakan lama sekolah rendah, sekolah menengah n rakan-rakan seperjuangan di universiti. Justeru, manfaatkanlah sebaik-baiknya ruang maya ini untuk mengeratkan kembali silaturrahim sesama kita yang semakin renggang, yang sudah jauh jauh terpisah kerana masing-masing mempunyai komitmen kehidupan yang berbeza..masing-masing mengejar impian masing-masing..

Walaupun kita semua sudah mempunyai haluan hidup yang tersendiri, tetapi tujuan kita untuk hidup di alam maya ini tetap sama..iaitu untuk menyembah Allah s.w.t (mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar) dalam kehidupan beragama, untuk menjadi hamba yang dicintaiNya.

Kepada sahabat2 seperjuangan di luar sana, farah doakan apa pun yang kita lakukan sekarang ini, diharapkan dapat diteliti kembali adakah ia berlandaskan ajaran dan syariat agama kita (Islam). Agar kita tidak terpedaya dengan pesona dunia yang sementara..

Manfaatkanlah masa yang ada untuk menginsafi kelemahan diri agar mampu mengecap nikmat cinta Ilahi, cinta yag hakiki di dalam nubari..

Semoga iman dan taqwa semakin subur di dalam nubari..amin..

Salam rindu untuk sahabt2ku..Moga sentiasa dalam pemeliharaan Yang Maha Esa..Amin..

Sabtu, 23 Januari 2010

Memori pahit mengundang air mata


Teringat waktu kelmarin berada di sekolah untuk Kejohanan Mini Marathon.

Hati sebak mengenangkan detik mencemaskan semalam, tika ingin menimba pengalaman menjaga stesen tempat perhentian pelajar-pelajar sekolah..entah, telah menjadi takdirNya, ana tiba-tiba ditengking oleh seorang guru senior. Tak terkeluar sepatah perkataan pun, melihat dirinya hampir seusia bonda tercinta, ana mengalah dan diam sahaja. Namun, hati ana tersentuh dan mengalir air mata untuk melampiaskan derita di dalam jiwa.

Entah mengapa..mereka membuat andaian yang salah terhadap niat ana ketika menanyakan soalan dalam perjumpaan pada hari itu?? Ana sangat terkilan dan terkejut apabila ada beberapa staf yang kurang menyenangi ana. Tidak mengapa, itu adalah lumrah kehidupan untuk mematangkan ana dalam menghadapi kehidupan di dunia yang fana.

Ya Allah, jika ini adalah kafarah terhadap dosa-dosa hambaMu selama hayat hambaMu di dunia ini, hambaMu redha atas ujianMu ini ya Allah..hambaMu pasti, ada sebab mengapa Engkau menciptakan situasi semalam sehingga terkeluar air mata hambaMu. Ianya adalah untuk menguji sejauhmana kekentalan dan kekuatan iman dan taqwa hambaMu dalam berhadapan dengan situasi yang menggetirkan. HambaMu bersyukur, kerana ianya merupakan satu peristiwa yang mengendong mutiara berharga untuk dijadikan iktibar dalam meneruskan kehidupan sebagai khalifah di atas dunia yang penuh dengan pancaroba ini.

Hanya satu hambaMu pinta,
Berikanlah hambaMu ini cahayaMu agar hambaMu tidak tersasar daripada jalan yang benar. Engkau suluhkanlah hati hambaMu ini dengan hidayah daripadaMu, agar tidak melakukan perkara-perkara laranganMu, dan layak untuk menjadi kekasihMu..HambaMu ini memerlukan pertolonganMu ya Allah, berikan hambaMu ini penyelesaian terbaik untuk berhadapan dengan situasi semalam dan juga ujian daripada-Mu di masa-masa akan datang.

Doakan ana dapat menghadapi situasi pahit ini dengan sabar. Semoga hati-hati orang yang membenci ana, diberikan hidayah tentang niat qalbu yang tulus untuk menimba ilmu, bukan untuk mengejar populariti atau pangkat, tetapi sebenarnya, niat di hati adalah ingin menjadi seorang insan yang berilmu dan beragama. Walaupun kita sudah menjadi orang besar, janganlah kita merasakan diri kita itu sudah terlalu hebat sehingga tidak memandang golongan yang masih di bawah.. Teringat satu peribahasa yang sesuai untuk dijadikan pegangan kita bersama bagi mengelakkan kita daripada bersikap takbur dan sombong iaitu "Ikutlah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi". JUSTERU, BERINGATLAH WAHAI INSAN, KITA SEMUA ADALAH SAMA DI SISI ALLAH, yang membezakan kita hanyalah Iman dan Taqwa..

Peringatan ini adalah untuk menyedarkan ana sendiri dan rakan-rakan blog yang lain.. Semoga kita semua sentiaa dilindungiNya daripada kezaliman makhluk ciptaanNya, Amin.

Wallahu'alam,
Salam.

Jumaat, 22 Januari 2010

Pengalaman manis saat praktikal di Melaka




Bercerita tentang pengalaman membujuk nubari, teringat saat-saat getir bergelar guru pelatih di SMK Tun Tijah, Durian Daun, Melaka. Banyak pengalaman manis dan pahit yang boleh dikongsikan bersama untuk menjadi iktibar bagi bakal-bakal guru pelatih di luar sana.

Hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah, terlupa untuk memakai tanda nama, huhuhu, terpaksa beralih arah kembali berjalan kaki ke rumah sewa yang jaraknya lima belas minit dari sekolah.. ha3x, satu iktibar, jangan kalut semasa memulakan sesuatu perkara, ketenangan dan doa seharusnya menjadi iringan ke mana jua kita melangkah di atas alam maya ciptaan Yang Maha Kuasa.

Setelah sampai ke sekolah, ana bersama rakan diarahkan terus masuk ke kelas bagi sesi orientasi guru-guru pelatih. Perasaan masa tue, ya Tuhan, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Tidak pernah menjalani latihan praktikal sebelum itu, menambahkan getar dan debaran di dalam jiwa. Pelbagai rencam persoalan berlegar di akliah.
-Adakah ana mampu menjadi seorang guru yang penyayang??
-Mampukah untuk mengajar dengan teknik yang berkesan??
-Mampukah mewujudkan sesi p&p yang ceria dan menarik sepertimana yag telah dipelajari selama tiga tahun lebih di universiti?

Semua itu terjawab setelah menjalani latihan praktikal selama tiga bulan di sekolah tersebut.

Rangkuman pengalaman sepanjang tempoh tersebut:
i- Teori yang kita pelajari di universiti tidak sama dengan aplikasi atau amali terhadap teori-teori tersebut. Kita perlu bijak menyesuaikan pelbagai teori yang dipelajari dengan keadaan dan kehendak pelajar-pelajar di sekolah supaya mereka tidak berasa bosan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang kita kendalikan. Hal ini penting agar minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran tidak luntur dari hari ke hari. Jangan hanya kerana teknik pengajaran yang kita gunakan amat membosankan, pelajar-pelajar ini mula membenci subjek yang kita ajarkan.

Gunakanlah teknik-teknik pengajaran bervariasi dan kontemporari agar ianya mampu mewujudkan sesi p&p yang menarik, kondusif dan memberangsangkan minda, paradigma atau pemikiran pelajar-pelajar mengikut tahap kecerdasan pelajar tersebut.

Tetapi, sebelum menjalani latihan praktikal, persediaan yang rapi dan teliti harus diperlengkap terlebih dahulu, agar kita mampu melonjakkan diri, meningkatkan nama universiti dan mencipta kualiti tersendiri sebagai guru pelatih. Seharusnya, keterbatasan pengalaman mengajar kita sebagai guru pelatih mendorong kita untuk menjauhi sifat sombong diri kerana ilmu kita sememangnya masih cetek berbanding guru-guru lain yang telah mengajar lebih lima tahun di sekolah tersebut. Kita masih memerlukan banyak bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru tersebut. Justeru, jangan malu untuk bertanya, sebab jika kita malu atau segan untuk mencari cahaya kehidupan. nescaya kita akan sesat di tengah jalan kerana kita sebagai insan di muka bumi ini, perlu saling berinteraksi agar dapat meningkatkan ilmu, iman dan taqwa masing-masing untuk menjadi hamba yang dirahmatiNya.

Peringatan ini adalah untuk ana sendiri dan rakan-rakan blog yang lain. Semoga dengan perkongsian pengalaman dan pengetahuan melalui blog ini, kita mampu mencari resepi penyelesaian masalah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian selama Allah meminjamkan nyawa milikNya kepada kita sebagai khalifahNya.

Wallahu'alam,
wassalam.

Isnin, 18 Januari 2010

Kata-Kata Indahnya Nasihat



Lautan Itu Dunia, Bahtera itu kita, Kemudi itu agama,
Peliharalah Bahtera itu Dari Karam, Di lautan Dunia.

Menuntut ilmu adalah taqwa, Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang-ulangi ilmu adalah zikir, Dan Mencari ilmu adalah jihad.

Kekayaan bukan diukur dengan banyaknya harta,
Tetapi kekayaan sebenar ialah kayanya jiwa.

Jika sayangkan permata, tempatkanlah ia di bekas yang selamat,
dilindungi dan dijaga, Jangan sekali-kali didedahkan,
atau di sepah-sepahkan, Jangan manisnya di kecap sepahnya di buang.

Ibadah pembina Tamadun Manusia.

Harga diri individu itu, Berdasarkan apa yang dilakukan,
Bagi memperbaiki dirinya.

Jangan Sebut-sebut dan nampakkan keaiban,
atau keburukan diri orang lain - Imam Syafie.

Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia,
dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain,
dan melupakan terus kesalahannya,
Nescaya Allah akan meninggikan darjatnya,
di sisi manusia - Imam Syafie.